Saturday 20 August 2011

Family in 5SAINS2 :)

kawan kawan kat dalam kelas aku yang suka bikin kecoh setiap hari :D .
masa mula mula masuk kelas 4SAINS2 (tahun 2010) kitorang banyak jugak la tak bersependapat. masa tu kitorang macam berpuak-puak. aku dengan geng aku. ade jugak geng geng yang lain. budak lelaki pown sama jugak. dengan budak cina pown tak rapat sangat.

tapi tapi tapi.. sejak kitorang buat jamuan tahun lepas kitorang dah mula rapat. sejak tu la kitorang bincang sama sama. apa yang kena. apa yang tak ssaaaammmpaaaii lah sekarang (kot..) haha :D

ni gambar dowang :)

EWAN~ yang tunjuk peace tu monitor kitorang. aku panggil dia 'bapak'. saja je. dia pown layan je aku macam anak dia. hahax

TINI~ yang ni pulak aku panggil dia 'mama'. sebab dulu dia garang macam mak tiri. haha. tapi sekarang dah kurang dah. dia selalu gadoh dengan 'bapak'. haha dah macam 'bapak dengan mama' dah aku tengok :)


so, yang lain lain dalam kelas aku tu umpama abang, kakak, and adik adik je la. ni lagi gamba dorang


PZAN~ yang menggelar dirinya sendiri sebagai Sultan Pzan



MIA~ yang ni dah memang sekutu dengan aku sejak azali lagi :)


SYIRA~ yang ni pown. nampak pendiam an. tapi bila dah datang sengal dia..sampai kat rumah pown korang boleh gelak sorang sorang bila teringatkan dia.



AFIQ~  aku panggil dia 'pokcik'. sebab perangai dia macam pakcik pakcik la. hoho



EMIE~ klon Albert Einstein sebab dia minat Albert Einstein. hahax


FITRI~ sori. takde benda la nak cakap pasal kau. hehe :)



YON~ nanti nanti la aku pikir nak letak apa. okay :)


FAKIHIN~ DJ sekolah kita



JUWET~  :)



BAINI~ juga datang dari geng yang sama dengan aku jugak.. :)



JIA HUI~ salah sorang pelajar cina dalam SC2


haa.. dah habes dah kot haha. kepada kengkawanku yang takda dalam ni, sori ya. aku tak jumpa la gambar korang yang sesuai. kang buruk korang marah aku pulak. haha. apa apa pown.. ada pesanan untuk korang.. nah!!



huhu.. dah habes dah.. bubye :)

Friday 29 July 2011

Sayang korang lah beb !

Assalamualaikum dan hai ^^

macam biasa, selalunya malam malam camni aku sorangsorang. yang lain semua tido. so, tinggal la aku menghadap komputer ni sampai aku ngantok.

so, malam ni aku nak cerita pasal besties aku. yang sememangnya suka bikin kecoh. takde sehari tak sah. hahax

actually ramai la besties aku. kang ada yang aku tak cerita kowang kecik hati pulak. okay takpe. orang yang aku tak cerita malam ni, next week aku cerita kay. (tu pown kalau aku free la..)

kitowang boleh dikatakan always together. agak la. haha. sebab kitowang nak buat pape mesti bincang samasama. walaupown kadangkadang ada yang tak setuju, tapi kitowang takde gaduh cam yang kat politik tu. tak minat aku.

apa yang aku suka pasal besties aku ni is kerenah dorang. macammacam ragam ah! ada yang suka melatah. ada yang suka kacau orang. kenakan orang. senang cerita gilergiler punya kepala la. yang boleh buat aku ketawa setiap hari. sampaikan aku tengah badmood pown dorang boleh buat aku gelak balik.

perkh! sayang korang lah beb!

besties aku ni pown ade gelaran masingmasing. (yang ni kitowang sajasaja bagi. otak tengah takde benda lain nak pikir masa tu.. muahaha) ada yang kena panggil mok, buntal, giler, konok-konok, (tolong jangan tanya apa itu konok-konok kay. cuz aku pown tak tahu amende tu. hahax) tembam pown ade.

tembam tu aku. =='..

lagi satu kalau kitorang gurau memang kasar. ayat makan dalam ar orang melaka cakap. (sebab aku ni orang melaka) kalau orang yang tak berapa nak kenal kitorang maybe tak kan paham camne kitorang boleh jadi besties padahal main kutuk-kutuk? kutuk depan-depan pulak tu.

alaa.. dah nama pown besties right? ofkos la benda tu dah lali bagi kitorang. kitorang tahu la yang tu gurauan semata-mata. no hearts feelings. (asalkan jangan yang melampau-lampau dah la. yang tu memang nak mintak penyepak je kot..)

and yang paling best kalau kitorang dah berkumpul, memang tak boleh berhenti bercakap. ketawa apa lagi. ada je la yang buat kitorang "hoha hoha". sampaikan aku susah nak berhenti ketawa. sampai sakit sakit pipi pown ada. XD !

antara besties aku. sayang korang la beb!


aku harap sangat friendship kitorang tak kan putus. nak nak dah dekat habes sekolah ni an. mesti rindu giler ar kat korang punye giler-giler. haha. pape pown aku just nak cakap yang aku happy giler kalau dengan korang. rasa nak ikat korang bawak balik rumah kot. kompem tak kan sunyi rumah aku.

banyak lagi ni aku nak cerita. tapi aku dah takde idea. huahua. so, beta undurkan diri dulu ye. daa~ ;)

Monday 25 July 2011

He is the BEST thing that's ever been MINE! :)

bagi aku.. dia tak macam lelaki lain. jujur la ok. mulamula aku tak berharap sangat kat dia. cuz aku pikir dia dengan lelaki lain sama je. couple sekejap lepas tu biarkan je. tak serius. sebab aku takde pengalaman dalam bende-bende ni semua. yes! dia merupakan orang pertama..

 serius lah.. aku ni tak lawa macam korang. yang berdozen-dozen lelaki nak kat korang..

aku ingat lagi first time aku tegur dia. masa form3. aku suka sangat kacau dia. (atas sebab-sebab tertentu. bukan gatal k..) first dia tak balas apaapa.

wah!! best la an. kita kacau orang tak balas..

lamalama dia pown suka kacau aku balik. perkh! boleh naik gila ar kalau dia kacau. time tu la aku mula rapat dengan dia. aku kenal dia. aku bergurau dengan dia. jujur ok. aku tak berniat pown nak ada apa-apa dengan dia.

lepas habes je PMR. dia ajak aku couple dengan dia. (tu pown sebab dia tahu aku kena cuti awal. kalau tak, takde la dia mintak couple dengan aku an..) aku terima je. sebab aku pown ada perasaan kat dia. sejak haritu, kitorang saling sayang-sayang. err.. aku tak pandailah nak cakap macam mana. korang paham-paham je la kalau orang ber'couple' ni camne.. hehe

bila couple dengan dia baru aku sedar, dia tak macam yang aku sangkakan. aku rasa BERTUAH dapat dia. sebab apa?

sebab dia tak macam couple yang lain. yang nak berkepit 24 jam. buat apa-apa pown asyik nak berdua je. macam belangkas. aku bebas apa aku nak buat. and aku pown bagi dia kebebasan nak buat apa. (asalkan jangan dia curang dah ar.. rasa nak bunuh-bunuh je kot.. muahaha..)

dia tak kongkong aku. aku pown tak suka kalau dikongkong. (buat apa nak main kongkong-kongkong ni der.. relax sudah.. belum jadi laki bini lagi..) aku pown takde la nak kongkong dia. nak kawal dia. suka hati dia lah nak buat apa. asal jangan kerja jahat sudehh..

kitorang ada masa untuk lepak sesama. time lepak dengan kengkawan kitorang lepak dengan kengkawan. time belajar kitorang belajar.. haha macam budak skema pulaks..

and paling best an.. kitorang tak pernah gadoh besar. (huish!! elakkan la kalau boleh. tak sanggup aku =='~) kalau aku ada rasa tak puas hati aku tak straight 'serang' dia. aku cakap kat dia elok-elok. and dia pown sama. kadang-kadang sampai menangis aku dibuatnya. (terharu punye pasal.. hahax)

lagi-lagi.. aku rasa aku dengan dia ada satu 'connection' kot. coz kadang-kadang apa yang aku rasa, dia pown dapat rasa jugak. aku bukan nak kata yang aku dengan dia ni sehati sejiwa ke apa. tapi betul beb! tak tipu. kalau tipu? dosa ar.. tu pown tarak tahu ka?

sekarang dah setahun lebih aku dengan dia. (alhamdulillah..) nak dekat dua tahun kot.. (++ alhadulillah.. hahax)

ni la dia =). yes aku tahu dia agak putih. and aku agak hitam. tapi aku peduli apanye adui~~
aku sayyaangg dia <3. sebab dia caring, dia sayang aku, dia selalu buat aku happy. mungkin dia tak se-handsome model antarabangsa, tapi bagi aku dia handsome sebab hati dia pown handsome. yang membuatkan dia handsome segala-galanya ;) seriously beb! aku sayang dia sorang je. hoho

sampai disini sajalah yang aku nak tulis pasal aku dengan dia. terima kasih saya ucapkan kerana sudi membaca :) and kepada yang tak suka tu sapa suh hang baca? hahax

chau lu beb! daa~




Friday 24 June 2011

Hari Sukan Sekolah 2011 !!

Assalamualaikum.. ^^


nak citer nak citer.. citer pasal peristiwa mase hari sukan. and ni merupakan first time aku masuk dalam perbarisan. ala.. danak abes sekolah an. tahun depan aku dah pencen. dari alam persekolahan ler.. so, di saatsaat akhir ni baru la nak sumbang something untuk sekolah ek. dulu kau main pemalas lagi. ke jaga kulit? hoho


citer pasal kulit, kulit aku dah berbelang dah jadinye. tapi tak kesah ler.. bukan orang nampak kalau aku pakai tudung an an an.. tu la kelebihannye pakai tudung. eceh.. dah macam ustazah la pulok.. hehe


ok ok.. balik balik pasal hari sukan. aku rase macam baru ni first time wujudnye hari sukan dalam hidup aku. seriously. tak tahu la nape. agaknye aku baru nak kenal erti kehidupan kot. huahua.. mase hari sukan macam biase la an.. ade khemah untuk rumah sukan. cikgu kelam kabut urus tu uruskan ni. sampai budakbudak pown tak belajar. best woo!! haha


tak begitu tepat pukul 12, aku dengan kengkawan aku pergi salin baju pandu puteri aku. or ade sesetengah orang panggil baju tu "baju tidur".. sebab ape? manalah aku tahu. tanyelah dorang haha. lepas tu, aku buatbuat la rajin sekejap pergi tengok khemah rumah sukan aku. tengok je.. pastu aku blah. haha tak boleh pakai langsung..


YEAH!! BAYAN BOLEH !!
rumah sukan aku. cantik ark. style baru.. :)


yang ni plak rumah HELANG.
aku tak tahu plak ape tagline die.. huhu


haa,, yang ni plak sakawari. eh, bukan bukan
KASAWARI..haha. ni kalau budakbudak kasawari baca gasak aku.. hoho


and lastly..MERAK!! tapi aku tak paham kenapa ade harimau kat situ?
agak pelik ye. huhu
haa,, gambar kat atas tu merupakan gambar khemah rumah sukan kat sekolah aku. penat tau hias dari pagi. (cehceh !! cakap macam aku pulak yang tolong. padahal aku tolong tengok je. hoho) . selesai je aku pergi mam, solat, PANDU PUTERI pown berlatih untuk perbarisan yang akan dijalankan sebentar lagi. (eceh ayat skema lagi..) untuk perbarisan kali ni. buat julung and pertama kalinye aku pegang sepanduk.. yes !! sepanduk.. (sori over ecited. sebab kadangkadang aku tersasul panggil PELANDUK. buat malu je.. boo.. ==' )


macam biase la an. orang yang pegang sepanduk ni selalunye duduk kat depan. tapi ade satu je yang lain sikit kot. selalunye yang pegang sepanduk pakai baju kurung la.. kebaya la.. hiasan sana sini. but Pandu Puteri takda.. redahh jerr bak kata Nadia. aku nak pakai baju kurung? tengahtengah padang yang berlecak and panas tu? NO WAY!! dengan keras aku menolak.. hoho tak kose mak..


selepas kiri kanan kiri.. bla bla bla.. bile nak start ni? haha (sori aku mengarot..) mula lah bunyi kompang tande VIP dah sampai.. and lepas dah dapat isyarat daripada cikgu kitorang pown dengan semangat wajanya "dari kiri, cepat jalan"...nervous jugak mulamula. tapi aku kan stay cool je an.. buat muka selamba sudehhh...

YEAH !! PANDU PUTERI..
tu aku kat depan. muke serious an.. haha. and nampak agak gomok O.O
ade lagi ni dari unit beruniform yang lain. jap aku upload gambar die..


PENGAKAP. tak tahu la kenapa aku amek gamba ni..


and yang ni PUTERI ISLAM.
aku merupakan bekas unit beruniform ni. semart le baju die.
 setelah kesemuanye beratur kat tengah padang and dibawah matahari yang terik, terpaksa pulak jadi ikan kering kat tengah padang tu dek kena dengar orang bagi ucapan dia.. bla bla bla.. haish padan muka aku. dulu aku tengok orang yang berbaris ni kena jemur sekarang aku yang kena. takpe takpe.. wa redha.. hoho


PANDU PUTERI!!!
sekali lagi. itu aku. dengan muka yang tengah tahan panas and.. agak bosan huhu 


BAYAN BAYAN !! terbaek..


HELANG. gila lorh.. tgk maskot die pakai helmet tu..
mahu pengsan orang dalam tu..


yang ni plak KASAWARI.


MERAK!! tgk maskot die. cam nak pgi disko pown ade aku nengok. hoho


PENGAWAS pown nak jugak..


ST.JOHN AMBULANS yang bertemakan 1Malaysia.
huh! semangat la..haha


KADET POLIS. memang terbaekk setiap tahun..
tak tahu la nape ade sorang pompuan sosat kat situ.
habes je VIP tu bla bla bla.. ape lagi. kitorang pown blah ar.. haha. and dengan sepantas kilatnye aku and kawan aku tukar baju (panas le pakai baju pandu tu) and lepaks lepaks dengan kengkawan, tengok acara larian, tengok orang amek pingat sampailah pukul 5.30 baru balik. and and ade berita gembira buat rumah sukan aku. as usual rumah BAYAN menang lagi tahun ni. YEAY!! (sori aku over walaupun aku tak sumbang apeape pown untuk rumah sukan aku. wahahaha)


kay larh guys.. dah lewat malam. penat lerh membebel huhu.
tata. daa~ sweet dream :)

Thursday 9 June 2011

Sudah Habes Dua Minggu..

sekejap giler dah habes dua minggu cuti. tak terasa ar.. cuti aku yang sepatutnye 16 hari dah jadi 12 hari. sebab 4 hari daripada cuti aku cikgu amek. untuk dibuat kelas tambahan. ataupown kat sekolah dipanggil PROGRAM PECUTAN MINDA. eceh! ( dasat ark otak kitorang? boleh main pecutpecut tau..)


habes je pecutan minda, betulbetul petang hari khamis tu, bapak aku dah bawak kitorang pergi KL ( KL.. KL.. bosan aku ==' ). ingat esok tu nak pergi Kedah la kan. tak jadi. kaki bapak aku saket pulaks tetbe. aisyoo!  frust giler adikadik aku. tengah ecited nak jumpe sedara jauh. cian dorang.


so sebagai ganti bapak aku bawak g merayau satu KL and Selangor. mulamula pergi kuala selangor. nak pergi tengok kelipkelip. puas cari hotel sume penuh. hampeh! lastlast duk chalet je. ok la tu. at least ade tempat nak tido. malamnye lepas dinner terus pegi kat belakang chalet tu. sebab kat situ la tempat die pelihara kelipkelip tu. naik perahu. best! tapi sayang.. tak dapat amek gambar. cuz keadaan mase tu golap. tak nampak ape pown. nampak kelipkelip je kat pokok. dah macam pokok cristmas aku tengok. haha.


esoknye, aku merayau pegi KL pulak. pergi KLCC. tengok wayang pirate. ingat nak tengok citer karak. my dad tak bagi pulak. sebab adikadik aku penakot. okay..termasuk aku sekali haha.. tapi best jugak pirates tu. tak seperti yang ku jangkakan. sebab aku memang tak minat citer pirates ni dulu. dah tengok kat wayang baru datang minat tu. huhu


malam esoknye tu pulak kan. kitorang bantai g Midvalley pulak. alaa..Midvalley tu dah macam rumah aku laa ( yeye je. padahal aku pown sesat jugak kadangkadang hoho.. ) . so dalam tengah jalanjalan tu kan tetbe aku jumpe harta karun.


betul!! tak tipu punye. nak tengok? ni ha


 haa kan? tengok muka mak aku tu. tersenyum puas ar haha.. dah puas mencuci mata kat Midvalley tu, kitorang balik la. takkan nak tidur kat situ kot. dah puas merayau satu...tak sampai satu ar..dalam suku KL camtu kitorang blah ar.. byebye KL and hello Melaka. my home sweet home.. =)


banyak lagi aku nak cter. tapi takot korang bosan plak an aku membebel sorangsorang. dah dah. tutup ni. esok sekolah. pergi ready untuk esok. janganjangan baju sekolah pown korang belom basuh lagi. haish! teruk teruk teruk.. huhu gurau yaw! byebye

Tuesday 7 June 2011

Suka Duka Membuat Blog

assalamualaikum...


hai ^^..ini merupakan kali pertama aku buat blog. agak kekok kot. dapat idea nak buat blog ni daripada kengkawan aku. and aku suka baca blog orang. dah lama sebenarnye aku nak buat tapi tak tergerak pulak nak buat. sampai la hari ni baru rajin nak buat blog. and semua ni sokongan dari kawan aku huhu..


macammacam dugaan aku kena lalu nak buat blog ni. ceh! macam nak cari harta karun plak. first masalahnye internet kat rumah aku ni. die takla lembab. cuma..nyanyok kot =='.. sebab asik kena restart je. nak nanges jugak aku dibuatnye. huhu. so, terpaksalah aku buat kerja jahat sikit. aku curi netbook ayah aku sekejap ( sorry dad..) . guna netbook die senang sikit. laju je. then, aku buat tu buat ni ( pening jugak aku buat blog ni. susah jugak. al-maklumlah aku ni kuno. huhu..) and akhirnye, terciptalah blog aku yang 'lawa' ni.. ( pujilah.. penat aku buat tau ==' )


okay.. tu je la kot aku nak cerita. dah malam buta. tidur weyh tidur~~
hoho nitez guys.. ;)